
Cara-cara Peguam Membantu Dalam Urusan Jual-Beli Rumah & Hartanah Mungkin anda merasakan khidmat peguam hartanah tidak begitu penting kerana anda boleh mengurangkan kos dengan melakukan proses rundingan harga sendiri, lebih-lebih lagi apabila anda bergantung pada nasihat dan pengalaman rakan-rakan anda yang telah melalui proses yang sama. Akan tetapi, pembeli rumah pertama kebanyakkannya masih memerlukan nasihat guaman untuk memastikan proses pembelian berjalan lancar terutamanya jika anda membeli rumah subsale (secondary). Anda perlu tahu apa itu ‘conveyancing’ terlebih dahulu untuk memahami dengan lebih lanjut kepentingan khidmat peguam hartanah dalam proses jual beli. Conveyancing merujuk kepada perkara berkaitan perpindahan hak milik tanah seperti dokumentasi dan pengurusan. #1 Jaminan profesional Menggunakan khidmat peguam di peringkat awal pembelian rumah memberikan kelebihan kepada anda dalam proses rundingan. Dalam hal berkaitan perpindah...